Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : 345 Ekor Harimau Malaya Terbang Ke Hanoi Bersama AirAsia

Suasana final Piala AFF Suzuki 2018 disemarakkan lagi apabila syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Malaysia harini membuat dua penerbangan khas membawa ekor Harimau Malaya ke Hanoi, hari ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia (Perniagaan Penerbangan), Bo Lingam berkata seramai 345 penyokong Harimau Malaya diterbangkan bagi memberi sokongan kepada pasukan negara yang bakal menentang Vietnam pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 esok.

“Ini merupakan usaha hebat oleh AirAsia dan semua rakyat Malaysia yang pergi menyokong skuad negara dan kami membuat tawaran, sebab itulah kami mempunyai penerbangan sewa khas dengan tambang istimewa.

“Malangnya, ia merupakan waktu puncak (jadi) kami tidak dapat menyediakan banyak penerbangan,” katanya kepada Malaysiakini pada majlis pelepasan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), hari ini.

Malaysia bakal berdepan Vietnam pada perlawanan timbal balik selepas seri 2-2 dengan skuad Golden Dragon tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil.