Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Penyokong Harimau Malaya Bukan Kebimbangan Chong Phuong

Lebih daripada 80,000 penyokong Harimau Malaya bakal menbanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pertemua dua seteru ASEAN – Malaysia dan Vietnam – di pentas final Piala AFF Suzuki 2018.

Bagi pemain muda skuad Golden Dragon, Nguyen Cong Phuong beliau tidak gentar dengan penyokong Harimau Malaya kerana bagi beliau ini adalah bukan pertama kali skuad Vietnam hadir ke gelanggang lawan.

“Ini bukan kali pertama kami bermain jauh daripada Vietna, jadi ia bukan masalah besar dan kami telah banyak bermain dihadapan ribuan penyokong jadi kami tidak merasa sebarang tekanan.

“Ia juga boleh dikatakan motivasi untuk kami dan juga boleh mendorong kami untuk bermain lebih baik dan menunjukkan semua orang tentang kualiti yang ada pada pasukan Vietnam.”

Bagi pemain muda berusia 23 tahun ini, apa yang membuatkan mereka lebih tertekan adalah apabila hadir sebagai pasukan pilihan untuk memenangi kejuaran ini.

“Saya tidak boleh bercakap untuk seluruh pasukan tetapi sebenarnya dari pandangan saya ia sedikit tertekan tapi sekali lagi ia juga merupakan inspirasi bagi saya untuk melakukan yang lebih baik dan saya juga fikir kita boleh bermain lebih baik pada perlawanan dengan Malaysia nanti.” Kata beliau kepada media.

Skuad kendalian Park Heong-seo adalah skuad generasi emas dimana separuh daripada pasukan beliau dibarisi oleh pemain muda yang menjadi naib juara Kejuaraan AFC Bawah 23 2018 di China awal tahun ini.