Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Jika Anda Berhenti Ketika Anda Letih, Anda Sudah Gagal – Zaquan Adha

“Jika anda berhenti apabila anda letih, anda sudah gagal.”

Itulah kata-kata yang menjadi prinsip kejayaan buat kapten pasukan Harimau Malaya, Zaquan Adha menjelang saat-saat genting perlawanan akhir bagi dua seteru ASEAN. 

Kata-kata itulah yang beliau bawa selama kempen Piala AFF Suzuki 2018 bagi memotivasikan diri beliau dalam menghadapi saat genting dalam sesuatu perlawnaan.

“Saya mempunyai kata-kata yang saya pegang, ia adalah prinsip saya, iaitu ‘jangan pernah berhenti ketika anda letih.’

“Ia agak mudah dan juga mempunyai makna yang besar untuk pasukan kerana apabila anda berhenti jika anda letih maka anda sudah gagal dan kami semua tahu itu.”

Sebelum ini penyerang berusia 31 tahun ini adalah antara nadi yang mengerakkan pasukan pada perlawanan separuh akhir menentang Thailand minggu lalu. 

Tetapi bagi Zaquan, beliau tidak mahu mengambil kata-kata pujian itu sebagai suatu perkara yang serius kerana perjalanan pasukan masih jauh dan mereka perlu fokus untuk tetap berada di dalam satu jalan yang sama.

“Saya yakin dalam pasukan kami kerana saya tahu watak pemain kami, setiap satu daripada mereka dan kekuatan mereka

“Apabila saya bermain, saya melihat pemain tengah kami boleh memegang bola, mengawal bola dengan baik, membuat hantaran yang baik. Saya melihat permainan mereka berbeza dengan pasukan yang lain. Tetapi apa yang penting ialah kita tahu cara kita bermain,”

“Yang lain boleh mengatakan apa-apa, jadi jika kita bercakap tentang Malaysia yang mempunyai serangan yang baik atau Vietnam mempunyai pertahanan yang baik. Apa-apa pun di dalam bolasepak, macam-macam boleh jadi.” katanya kepada media.

Zaquan Adha hampir pasti akan diturunkan bagi membarisi bahagian serangan bersama-sama dengan penyerang senior, Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan akhir bertemu Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.