Kajian & Analisis

Piala AFF Suzuki 2018 – Malaysia vs Vietnam (Analisa Praperlawanan)

Malaysia

Malaysia hadir sebagai bukan pasukan pilihan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2018. Dengan isu pemilihan pemain yang dilihat tidak tepat pada awalnya dan beberapa taktik yang menjadi persoalan peminat bola sepak tanah air. Jadi, siapa sangka anak buah Tan Cheng Hoe sampai hingga ke peringkat akhir kejohanan. Ini semua adalah disebabkan sifat percaya diri dan motivasi yang tinggi daripada keseluruhan skuad Harimau Malaya.

Kekuatan : 

Harimau Malaya bakal disokong dengan kehadiran 80,000 penyokong. Mereka akan bersorak, menyanyi dan memberi seluruh jiwa mereka untuk menyaksikan Harimau Malaya bermain dengan baik sekaligus mengangkat piala yang kali terakhir dimenangi adalah pada tahun 2010 dibawah kendalian K.Rajagopal. Ultras Malaya akan memimpin barisan penyokong bagi memberi motivasi kepada setiap pemain diluar mahupun didalam padang.

Barisan pertahan Malaysia bakal menyaksikan muka baru apabila Amirul Aznan bakal masuk mengisi kekosongan Syahmi Safari yang dilayangkan kad merah. Amirul bermain baik ketika mewakili Perak dan membantu pasukan itu memenangi Piala Malaysia musim ini. Selain daripada itu, Aidil Zafuan dilaporkan bakal kembali memimpin pertahanan negara setelah pulih daripada kecederaan. Semangat dan kepimpinan beliau amat ditagih pada perlawanan akhir nanti.

Pada bahagian tengah pula, Akram Mahinan akan memainkan peranan sebagai pemain tengah yang banyak membantu pertahanan Malaysia. Beliau bakal bertindak sekiranya pasukan Vietnam bermain taktik menyerang laju dan bakal menyerap asakan mereka sebelum mereka masuk ke bahagian pertahanan Malaysia. Bagi Syamer Kutty pula, beliau akan bermain sebagai pemain ’box to box’. Syamer akan berada dimana bola itu berada. Beliau akan memberi asakan kepada bahagian pertahanan Vietnam dan bertindak dalam membantu pemain penyerang mencari gol awal. Kerajinan beliau bakal menyaksikan turun naik beliau di atas padang bagi membantu bahagian pertahanan dan juga bahagian serangan Malaysia.

Manakala Norshahrul Idlan Talaha pasti akan mencari rentak bagi meledakkan gol untuk memberi kemenangan selesa buat Malaysia. Beliau bakal dibantu oleh Zaquan Adha yang bertindak dibahagian paling depan serangan. Selain daripada itu, kebijaksanaan Mohomadou Sumareh dan Safawi Rasid dalam mengelecek serta menipu pihak lawan amat ditagih pada perlawanan kali ini. Kedua-kedua mereka mampu untuk meruntuhkan tembok pertahanan Vietnam bagi memberi ruang kepada kedua-dua penyerang senior dalam misi mencari gol awal.

Kelemahan : 

Apa yang membimbangkan bagi pasukan Malaysia ialah Tan Cheng Hoe membawa tiga pemain tengah pertahanan dan tidak ada pemain tengah menyerang untuk kejohanan itu. Harimau Malaya telah menunjukkan kekurangan pemain tengah yang kreatif. Akram Mahinan dan Syamer Kutty kedua-duanya berasal dari sistem pertahanan tengah. Pasukan Malaysia yang dilihat tidak seimbang pasti akan digunakan peluang ini oleh Vietnam yang memainkan taktik permainan laju untuk mencari gol awal.

Ketiadaan Syahmi Safari dalam pertahanan juga sedikit membimbangkan. Beliau adalah antara pemain paling konsisten selama kempen ini berlangsung. Diharapkan dengan kemasukkan Amirul Aznan dapat memberi persembahan yang baik dalam bertahan mahupun menyerang. 

Safawi Rasid dilaporkan cedera selepas perlawanan dengan Thailand, dan masih ada keraguan apakah dia akan mengambil bahagian dalam final ini. Biarpun tidak menjaringkan gol, gerakannya membantu dua penyerang sangat diperlukan. 

Selain daripada itu, pemain negara dilihat lemah apabila bersaing untuk mendapatkan bola diudara. Ia dapat dilihat pada perlawanan bertemu Thailan yang lalu. Apabila skuad kendalian Tan Cheng Hoe dua gol hasil daripada hantaran yang dihantar daripada pemain Thailand. Diharapkan Aidil Zafuan yang kembali tersenarai dalam kesebelasan utama negara dapat membantu menutup kelemahan ini.

Pemain yang bersinar :

Norshahrul Idlan Talaha yang pernah bermain di pentas final Piala AFF Suzuki 2010 pasti akan menggunakan pengalaman beliau untuk mencari gol awal bagi memberi kemenangan selesa buat skuad negara.

Credit – e.vnexpress.net

Vietnam

Vietnam bersedia untuk final Piala AFF pertama mereka setelah satu dekad. Selepas satu pertandingan yang mengagumkan di Sukan Asia 2018, terdapat harapan yang semakin meningkat bahawa pasukan itu boleh pergi jauh dalam kejohanan ini.

Kekuatan : 

Kebanyakan pasukan Vietnam saat ini adalah dari pasukan U-23 Vietnam yang menjadi naib juara pada Kejohanan AFC B-23 2018 di China. Mereka telah bekerjasama dengan pengendali Vietnam, Park Heong-seo untuk masa yang lama, dan ia tidak sukar untuk mereka bermain sebagai sebuah pasukan. 

Selain itu, pemain pertahanan Vietnam juga bermain dengan baik, dengan hanya dua gol yang tersisa dalam kejohanan itu hingga ke separuh akhir separuh akhir. Pada Sukan Asia dan Kejohanan AFC B-23 pada awal tahun ini, barisan pertahanan merupakan tulang belakang bagi kejayaan pasukan itu. 

Akhirnya, semangat dan mental pemain juga berada dalam keadaan yang sangat baik. Di bawah bimbingan Park Heong-seo, pemain Vietnam sentiasa fokus dan berdisiplin dalam menyerang mahupun bertahan.

Kelemahan: 

Jika kita ingin melihat kelemahan pasukan Vietnam, ia dapat dilihat dari pemain yang berfungsi sebagai pemain sayap dalam pembentukan 3-4-3. Doan Van Hau dan Nguyen Trong Hoang telah bermain dengan baik setakat sepanjang kempen ini berlangsung, tetapi kedua-duanya telah menunjukkan disipilin yang lemah. 

Kedua-dua sering menunjukkan sikap panas baran apabila ditentang oleh pemain lawan. Kedua-dua pemain tersebut adalah pemain baik diposisi mereka, jika Vietnam kehilangan mereka ia adalah satu tugas berat buat jurulatih Park Heong-seo.

Selain itu, barisan penyerang telah membazirkan banyak peluang sepanjang kempen ini berlangsung. Ini adalah satu lagi kelemahan yang Park Hang-Seo perlu perbaiki jika dia mahu membimbing Vietnam ke memenangi kejuaranan ini.

Pemain yang bersinar : 

Phan Van Duc, beliau telah menjadi salah satu pemain terbaik dalam skuad Vietnam setakat ini dalam kejohanan ini. Sumbangan beliau telah meningkatkan prestasi keseluruhan Vietnam.