Malaysia Berita

PAFA Pujuk Hasnul Tarik Balik Peletakkan Jawatan

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang terpalit dengan beberapa kontroversi dengan cara beliau meraikan kemenangan Perak ke atas Terengganu pada final Piala Malaysia baru-baru ini ditolak peletakan jawatan beliau.

Perkara ini diumumkan setelah mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang dipengerusikan oleh Datuk Muhammad Yadzan Mohammad sebulat suara menolak peletakkan jawatan beliau dan memberi tempoh 14 hari kepadanya untuk memikirkan semula keputusan ini.

Selain daripada itu, PAFA turut menerima peletakkan jawatan Timbalas Presidennya, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, berkuatkuasa hari ini.

“Kami sebulat suara menolak peletakan jawatan Hasnul kerana beliau mempunyai faktor ‘wow’ bagi mengemudi persatuan dan pasukan lebih hebat pada masa depan, tambahan pula usianya masih muda.

“Jadi, kita bagi tempoh 14 hari untuk beliau bertenang dan memikirkan semula keputusannya,” katanya selepas mesyuarat berkenaan di pejabat PAFA di sini hari ini.

Beliau turut mengulas bahawa akan cuba untuk memujuk Hasnul Zulkarnain kembali untuk memangku jawatan tertinggi PAFA.

“Kita tengok kalau gelombang tekanan itu terlalu kuat menolak beliau (Hasnul) ke dinding sampai tidak boleh bernafas, kita tidak boleh buat apa.

“Tetapi, jika ada nampak cahaya di hujung terowong, maka kita teruskanlah (memujuk Hasnul),” katanya kepada Berita Harian.