Malaysia Berita

Nik Akif Setia Bersama Kelantan

Pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat mengumumkan bahawa beliau akan terus bersama skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.

Beliau yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan daripada pantai timur ini menamatkan spekulasi bahawa beliau akan bermain dengan pasukan lain musim hadapan.

“Ya, saya akan terus kekal bersama skuad TRW musim depan biarpun mendapat tawaran daripada pasukan lain kerana saya menghormati kontrak berbaki dua musim lagi dengan Kelantan.

“Saya harap musim 2019 akan membuka lembaran baharu buat TRW selain menyasarkan sekurang-kurangnya satu piala selepas gagal melakukannya musim ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau yang lahir daripada skuad Piala Presiden Kelantan menunjukkan peningkatan prestasi setelah dipilih untuk mengisi kesebelasan utama Kelantan setelah beberapa pemain utama Kelantan berpindah.

Beliau yang masih berumur 19 tahun telah menjaringkan beberapa gol penting buat Kelantan dan telah dipilih untuk menyarung jersi kebangsaan.