Malaysia Berita

Malaysia Tak Perlu Tunggu Kelahiran Messi dan Ronaldo

Gianni Infantiono, Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyatakan bahawa Malaysia tidak perlu untuk menunggu jelmaan Messi dan Ronaldo jika mahu menjadi salah satu gergasi bola sepak.

Beliau yang membuat lawatan pertama kali ke Malaysia menyatakan bahawa nilai yang paling penting untuk menaikkan bola sepak di sini adalah dengan kerja keras dan kerjasama yang erat dari pelbagai lapisan masyarakat. Selain daripada itu, pelan dan hala tuju yang betul perlu diutamakan agar segala rancangan tidak terpesong daripada tujuan asal.

“Tidak ada formula silap mata, tidak ada rahsia* untuk melihat Malaysia akan menjadi juara dunia pada masa hadapan. Satu-satunya jalan adalah dengan bekerja keras,

“Sudah pasti di negara seperti Malaysia, dengan usaha gigih, kejayaan pasti datang. Tidak perlu menunggu kelahiran Ronaldo atau Messi di sini untuk membolehkan Malaysia menikmati kejayaan. Ia boleh dicapai menerusi usaha keras, disiplin dan pelan tindakan yang lengkap,” katanya kepada Kosmo! selepas melancarkan F30 yang merupakan pelan halatuju Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Beliau hadir ke Malaysia bagi merasmikan F:30, pelan pembanggunan bola sepak yang dilancarkan oleh FAM dengan mensasarkan Malaysia akan berada di kelompok lima terbaik di Asia menjelang 2030

FAM hari ini melancarkan pelan halatuju baharunya F:30 yang disasar untuk meletakkan pasukan bola sepak negara dalam kelompok lima pasukan gergasi bola sepak terbaik di Asia menjelang 2030.