Malaysia Berita

Shahrel Fikri Sedia Bersaing Untuk Merebut Tempat

Penyerang muda kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi bersedia untuk bersaing bagi mendapatkan posisi sebagai penyerang utama negara bagi menghadapi saingan Piala AFF 2018 yang bermula 8 November hingga 15 Disember depan.

Beliau yang bertindak sebagai penyerang untuk kelab daripada Thailand, Nakhon Ratchasima FC perlu bersaing bersama-sama Syafiq Ahmad, Norshahrul Idlan Talaha, Hazwan Bakri dan juga Safawi Rasid. 

Bagi beliau, pengalam yang beliau ada bermain di kelab Thailand akan menjadi pencetus semangat beliau untuk merebut tempat di dalam skuad Tan Cheng Hoe. 

“Ia persaingan yang sihat di antara saya dan lima lagi penyerang dan kami akan memberikan 100 peratus dalam setiap sesi latihan untuk memenangi hati jurulatih,” katanya pada pemberita Sinar Harian.

Skuad negara akan bertemu Maldives pada perlawanan persahabatan di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini sebelum memulakan kempen Piala AFF 2018 bertemu Kemboja di peringkat kumpulan.

Tan Cheng Hoe akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan mewakili negara sejurus selepas perlawanan persahabatan nanti.