Luar Negara Berita

Sebab Ronaldo, Man United Bakal Kena Denda

Manchester United telah didakwa oleh UEFA selepas eksiden penonton masuk ke padang ketika kalah 1-0 dengan Juventus di Liga Juara-Juara.

Seorang peminat berlari ke padang pada awal permainan di Old Trafford pada hari Selasa dan satu lagi selepas perlawanan berakhir. Kedua-dua lelaki itu berlari ke arah bekas pemain United, Cristiano Ronaldo.

Beliau adalah pencetus gol pertama Juve pada perlawanan bersama United dilihat bermesra dengan penceroboh padang apabila sempat mengambil swafoto bersama. 

UEFA berkata eksiden penonton masuk padang melanggar artikel 16 peraturan tatatertib mereka dan kes itu akan ditangani oleh Badan Kawalan, Etika dan Tatatertib mereka pada 22 November.

United juga mungkin menghadapi denda kerana tiba lewat permainan. Mereka di denda 15,000 euro secara keseluruhan oleh UEFA awal bulan ini untuk ketibaan lewat pada perlawanan di Old Trafford ketika menentang Valencia dalam kejohanan yang sama.