Luar Negara Berita

Bolt Tolak Berpindah, Mahu Kekal Bermain Di A-League

Bintang lumba lari Jamaika, Usain Bolt akan kekal di liga Australia selepas menolak kontrak dua tahun dari sebuah kelab bola sepak di Malta.

Valletta, juara Liga Perdana Malta, berharap dapat memikat pemegang rekod dunia 100 meter dan 200 meter ke Eropah.

Ejen Bolt, Ricky Simms memberitahu CNN bahawa beliau tidak berminat untuk berpindah.

“Usain tidak akan menerima tawaran itu,” kata Simms. “Terdapat banyak kelab yang berminat kepada Usain. Kami sentiasa menerima tawaran ini.

“Perbezaan di sini ialah tawaran ini diterima melalui media, tidak secara rahsia.”

Valletta baru-baru ini menerima pelaburan dari Kumpulan Sanban yang berpangkalan di Dubai, yang telah berikrar untuk melaburkan wang mereka bagi mengejar tempat di Liga Juara-Juara UEFA.

Juara Olimpik lapan kali, Bolt berusia 32 tahun, beralih ke bola sepak selepas bersara dari olahraga tahun lalu.

Dia menghabiskan masa berlatih dengan Borussia Dortmund di Jerman, Mamelodi Sundowns FC di Afrika Selatan dan kelab Norway Stromsgodset sebelum pindah secara percubaan dengan pasukan A-League Australia Coast Coast Mariners pada bulan Ogos.