Malaysia Berita

Perlis Cari Jalan Isu Gaji Tertunggak

Presdien Persatuan Bolasepak Perlis, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie berkata pertemuan bersama 37 pemain dan pegawainya akan diadakan selepas Mesyuarat EXCO PFA pada Rabu ini.

Tambah beliau, perkara utama yang akan dibincangkan adalah berkenaan isu gaji yang terunggak sejak Mac lalu.

“Sebenarnya bukan itu saja (isu gaji tertunggak) yang akan kita bincangkan bersama pemain selepas mesyuarat itu nanti. Akan ada perkara lain, kita tunggu dulu selepas Mesyuarat EXCO pada Rabu ini kerana kemelut ini sedikit sebanyak menjatuhkan moral pegawai dan pemain PFA,” katanya.

Beliau yang baru dilantik sebagai Presiden PFA yang baru pada Kongres Luar Biasa (EGM) pada Ahad lalu berkata jumlah hutang tertunggak RM 460,000 sebenarnya bukanlah satu jumlah yang tinggi seperti didakwa sebelum ini.

Untuk rekod, PFA akan diketuai oleh beliau dan Muhammad Abdul Karim Khan sebagai Timbalas Presiden PFA.