Malaysia Berita

Tiga Pemain Terlepas Tiket Ke Colombo

Tan Cheng Hoe, jurulatih skuad kebangsaan menggugurkan tiga pemain disaat-saat akhir akibat kecederaan yang dialami.

Perkara itu dijelaskan oleh beliau selepas hanya 22 pemain yang akan berlepas ke Colombo bagi pertemuan persahabatan bertemu Sri Lanka, Jumaat ini.

Pemain yang digugurkan adalah Rawilson Batuil, Akram Mahinan dan Nor Hakim Hassan, tetapi beliau telah memanggil memanggil pemain skuad Bawah-19 tahun negara (B-19), Nik Akif Syahiran Nik Mat

“Kita terpaksa melupakan khidmat tiga pemain itu kerana cedera, jadi mereka dilepaskan ke pasukan masing-masing untuk menjalani rawatan dan sesi pemulihan.

“Kecederaan mereka tidak begitu serius namun kita tetap memantau keadaan ketiga-tiga pemain berkenaan. Kita perlu menunggu sama ada mereka boleh diturunkan pada aksi bertemu Republik Krygyz nanti,” katanya pada Arena Metro

Skuad Harimau Malaya dijadual bertemu Sri Lanka di Stadium Sugathadasa, sebelum menentang Republik Krygyz di Stadium Hang Jebat, Selasa ini.

Bekas jurulatih Kedah itu juga menjelaskan prestasi Mohamadau Sumareh yang turun berlatih buat kali pertama hari ini, Cheng Hoe menjelaskan pemain sayap itu perlu bekerja lebih keras.

“Berdasarkan latihan hari ini, saya nampak dia agak keletihan, mungkin akibat rehat yang agak panjang selepas aksi suku akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

“Apapun, saya optimis dia akan kembali cergas selepas sesi latihan selepas ini sekali gus bersedia sepenuhnya untuk diturunkan pada aksi persahabatan dua hari lagi,” katanya pada Arena Metro.

Sumareh sepatutnya dijadualkan melapor diri pada Isnin lalu, tetapi hanya dilepaskan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) kelmarin sekaligus menyaksikan beliau terlepas sesi latihan selama dua hari.