Malaysia Berita

Dua kelab Liga Super dan kelab Liga Thailand berebut nak Akhyar Rashid

Akhyar Rashid hampir pasti akan berhijrah keluar daripada Kedah apabila tiga kelab sudah memulakan proses perbincangan bagi mendapatkan khidmat beliau pada musim depan.

Dua daripadanya merupakan kelab Liga Super dan satu lagi adalah kelab Liga 1 Thailand.

Menurut sumber rapat Akhyar, wakil dua kelab tempatan itu sudah mengadakan proses perbincangan dan telah membuat tawaran masing-masing.

“Hasil rundingan tersebut, mereka telah memberikan tawaran yang hebat demi masa depan kerjaya Akhyar yang dilihat sangat berpotensi dalam industri bola sepak yang sangat kompetitif sekarang ini.

“Selain dua kelab tempatan, kelab ternama Thailand yang kini menduduki antara tangga terbaik carta Liga 1 Thailand juga menunjukkan minat dan menyatakan hasrat melalui rundingan.

“Ini juga satu peluang kerana jika seseorang pemain itu sudah mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand, maka peluang lebih cerah untuk melebarkan cita-cita beraksi di liga lebih besar seperti Liga Jepun,” katanya.

Sumber itu juga mendedahkan bagaimana Akhyar tidak menyangka bahawa beliau kini pemain terhangat di pasaran dan beliau amat menghargai terhadap setiap tawaran yang diterimanya.

“Sebagai pemain Kedah, Akhyar tetap menghormati majikannya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kerana dia masih mempunyai kontrak setahun.

“Sudah pasti dia akan merujuk terlebih dahulu dengan persatuan sebelum memikirkan apa-apa tawaran,” katanya.