Malaysia Berita

Safawi Rasid dan Haziq Nadzli kekal bersama JDT sehingga 2022

Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards telah mengumumkan lanjutan kontrak 12 pemain JDT dalam satu ‘post’ di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, semalam.

Berdasarkan kenyataannya di ‘posting’ tersebut, JDT melanjutkan kontrak para pemainnya dengan lanjutan bermula 2019 sehingga 2022. Ini bagi mempersiapkan pasukan mereka dengan musim baharu dan juga kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019.

Bintang Malaysia B-23 Safawi Rasid dan Haziq Nadzli telah menandatangani lanjutan kontrak selama empat tahun iaitu sehingga tahun 2022 bersama JDT. Selain daripada mereka berdua, Syamer Kutty juga turut menandatangani kontrak yang sama.

Manakala empat pemain diberikan kontrak selama tiga tahun iaitu sehingga tahun 2021. Mereka ialah Fazly Mazlan, Izham Tarmizi, Fadli Shas dan Azrif Nasrulhaq.

Sementara itu, Ahmad Hazwan Bakri, Afiq Fazail dan Gary Steven Robbat pula akan bersama JDT sehingga tahun 2020 dengan menandatangani kontrak lanjutan selama 2 tahun.

Bek kanan, S. Kunanlan diberikan kontrak lanjutan setahun dengan pilihan untuk memperbaharui kontrak sehingga tahun 2020. Akhir sekali, Aidil Zafuan Abdul Razak pula melanjutkan kontrak selama setahun sahaja tanpa pilihan memperbaharui seperti S. Kunanlan.

Kesemua mereka yang menandatangi kontrak lajutan bersama skuad Harimau Selatan turut diselitkan klausa pelepasan berharga diantara RM6 juta sehingga RM15 juta.

Alistair Edwards turut menjelaskan terdapat beberapa pemain tempatan yang turut mempunyai kontrak sehingga akhir tahun 2019 dan mereka sedang melakukan rundingan dengan tiga orang pemain lagi.