Berita Asia Tenggara

Indonesia tawar kontrak sambungan setahun kepada Luis Milla

Gagal menang Sukan Emas Sukan 2017. Skuad muda Indonesia tidak layak ke Kejohanan Piala AFC 2018. Indonesia terkandas di pusingan kedua Sukan Asia. Biasanya kegagalan seperti itu buat seorang ketua jurulatih skuad kebangsaan, pastinya dia akan menjadi mangsa pemecatan.

Namun, tidak bagi ketua jurulatih Indonesia, Luis Milla. Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) telah membuat keputusan untuk menawarkan kontrak sambungan satu tahun kepada bekas pemain Real Madrid itu.

Akan tetapi, Luis Milla belum membuat keputusan sama ada akan menerima atau menolak tawaran yang diberikan oleh PSSI.

Jika Luis Milla menerima tawaran tersebut, dia akan bertanggungjawab untuk membawa cabaran Indonesia di Piala AFF Suzuki pada hujung tahun ini dan mungkin juga pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 23 tahun nanti.

Ketua Umum PSSI, Edy Rahmayadi menyatakan bahawa PSSI juga sudah mempunyai senarai calon jika Milla menolak tawaran tersebut.

Luis Milla mula menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan dan skuad bawah 23 tahun Indonesia pada Januari 2017. Sebelum itu Milla menjawat jawatan ketua jurulatih untuk skuad bawah 19,20,21 dan 23 tahun Sepanyol.

Bekas ketua jurulatih Real Zaragoza itu juga nampaknya begitu popular dan disayangi oleh pemain dan juga penyokong Indonesia yang mahu Milla terus kekal membimbing Indonesia.