Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) sah telah memecat ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun mereka, Worrawoot Srimaka selepas prestasi buruk skuad muda Thailand di Sukan Asia.
Skuad bawah 23 tahun Thailand buat pertama kali gagal melepasi peringkat kumpulan selepas 24 tahun. Thailand tidak menang dalam kesemua perlawanan mereka di mana mereka tewas 0-1 kepada Uzbektistan serta seri 1-1 dalam perlawanan menentang Bangladesh dan Qatar.
Menurut laman web SiamSport, FAT kini menunggu Presiden FAT, Jeneral Dr. Somyod untuk pulang dari luar negara untuk bertemu Worrawott Srimaka dan berbincang untuk mencari penggantinya.
Sebelum bersama Thailand, Worrawoot pernah menjadi jurulatih kepada beberapa kelab Thailand seperti Chonburi dan Suphanburi FC.
2018 memang tahun yang suram buat skuad bawah 23 tahun Thailand apabila mereka juga tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan di saingan Piala AFC Bawah 23 tahun pada Januari lalu.
Ketua jurulatih baru akan dilantik bagi membawa skuad muda Thailand ini melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.