Malaysia Asia

Tan Cheng Hoe panggil 8 pemain B23 untuk aksi persahabatan antarabangsa ‘A’ September

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah mengumumkan senarai 24 pemain yang dipilih untuk ke kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula Isnin, 3 September 2018 bagi mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’.

Dua perlawanan tersebut adalah pertemuan dengan Chinese Taipei di Taipei City pada 7 September 2018 dan pertemuan dengan Kemboja di Phnom Penh pada 10 September 2018.

Senarai 24 pemain ini telah dikeluarkan oleh laman sesawang rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada pagi tadi.

Daripada 24 pemain tersebut, Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan 8 pemain bawah 23 tahun yang beraksi cemerlang di Sukan Asia 2018 baru-baru ini.

Lapan pemain tersebut adalah 3 pemain daripada Johor Darul Ta’zim, 2 pemain daripada Kuala Lumpur serta masing-masing seorang daripada Kedah, Kelantan dan Selangor.

Selain daripada 8 pemain ini, Rizal Ghazali yang dibawa oleh Datuk Ong Kim Swee sebagai pemain lebih umur untuk temasya Sukan Asia 2018 juga dipilih oleh Tan Cheng Hoe.

Berikut adalah 8 pemain Bawah 23 tahun yang dipanggil Tan Cheng Hoe untuk aksi persahabatan antarabangsa ‘A’ pada September ini: