Akhir-akhir ini, bola sepak Asia Tenggara atau ASEAN menunjukkan peningkatan yang ketara. Ini dapat dilihat menerusi kelab di Thailand, Buriram United berjaya melepasi saingan kumpulan dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC 2018.
Manakala di peringkat pemain muda atau dengan lebih tepat, skuad bawah 23 tahun, pasukan daripada ASEAN berjaya melakukan kejutan dengan skuad Malaysia berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan kejohanan Piala Asia B-23 dan skuad Vietnam pula berjaya mara sehingga perlawanan akhir.
Bagi kebanyakan liga domestik negara-negara ASEAN, pengendali liga ataupun persatuan bola sepak negara masing-masing membenarkan penyertaan pemain asing. Beberapa format kuota pemain asing yang digunapakai antaranya “3 + 1 ASIA + 1 ASEAN” bagi liga di Thailand dan Malaysia. Terdapat juga format kuota “3 + 1 ASIA” untuk negara Indonesia dan Filipina.
Dengan kemasukan pemain asing ke dalam liga-liga sekitar ASEAN, beberapa statistik seperti penjaring terbanyak liga didominasi dengan ‘awang import’ ini. Namun begitu, pemain tempatan juga mampu memberikan saingan dan berjaya mengisi carta-carta penjaring terbanyak liga-liga ASEAN.
Berikut adalah 6 penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan ASEAN: