Piala Dunia 2018 Luar Negara

Daniel Arzani serta barisan pemain B-23 Asia di Piala Dunia yang mempunyai potensi besar

Laluan negara-negara Asia di Piala Dunia 2018 tidak begitu indah. Arab Saudi sudah disahkan tersingkir awal, Australia hanya mengutip satu mata selepas dua aksi, iran harus mengatasi Sepanyol untuk mara dan Korea Selatan tewas dalam aksi pertama. Setakat ini, hanya Jepun yang berjaya menewaskan salah satu pasukan gergasi, Colombia.

Bagaimanapun, terdapat elemen menarik disebalik kisah sedih pasukan-pasukan Asia di atas. Terdapat beberapa pemain berusia bawah 23 tahun yang mereka bawa ke Russia mampu bergelar pemain bintang di masa depan. Daniel Arzani yang tampil hebat bersama Australia adalah salah satu contoh dan masih ada kelibat pemain yang lain sebenarnya. Siapakah mereka?

Saeid Ezatolahi

Tidak diragukan, Ezatolahi adalah pemain masa depan Iran. Dia sempat menimba ilmu di Atletico Madrid. Pemain berketinggian 190 sentimeter ini disifatkan sebagai Paul Pogba dari Iran. Perbandingan itu dilakukan dengan sokongan kukuh. Pemain yang mewakili FC Rostov ini mempunyai kemampuan untuk melepaskan pergerakan serangan sambil bertahan dengan baik. Malangnya, jaringannya ketika berdepan Sepanyol dibatalkan.

Lee Seung-woo

Sebagai produk La Masia, seharusnya harapan tinggi diletakkan kepada Lee. Dia sememangnya tidak sempat menikmati tempoh permainan bersama skuad utama Barcelona tetapi dia boleh membuktikan ilmu yang diraih bersama skuad Korea Selatan. Memiliki larian serta visi yang hebat, lee akan menjadi tumpuan The Taeguk Warriors pada masa depan.

Daniel Arzani

Nama yang sangat popular di Piala Dunia kali ini. Arzani adalah pemain termuda dalam saingan di Russia, namun penampilannya tidak menunjukkan usia sebenar. Walaupun tidak beraksi penuh bersama Australia dalam dua perlawanan setakat ini, pemain kelahiran Iran ini mampu mencetuskan pergerakan bahaya apabila dimasukkan.

Sardar Azmoun

Apabila seorang pemain itu dibandingkan dengan Lionel Messi, sudah tentu dia sangat istimewa. Memegang jolokan Messi dari Iran, Azmoun boleh dikira sebagai pemain yang sangat berbakat. Apa yang menarik, dia berbeza dengan Messi. Memiliki susuk tubuh yang tinggi, pemain FC Rostov ini bagus dalam perebutan bola udara, disamping mempunyai kepantasan untuk mengatasi lawan.

Abdullah Al-Khaibari

Al-Khaibari adalah salah seorang bakat muda terbaik yang dimiliki Arab Saudi. Dia memang masih belum menikmati aksi Piala Dunia 2018 tetapi bakatnya di bahagian tengah tentu didambakan Arab Suadi untuk bersaing dalam edisi seterusnya.

Hwang Hee-chan

Penyerang yang memiliki kepantasan hebat ini adalah pemain yang begitu digemari tidak kira di gymnasium atau dunia sebenar. Hwang merupakan salah seorang daripadanya. Pemain muda Korea Selatan ini mencuri tumpuan apabila membawa RB Salzburg ke separuh akhir Liga Europa. Ketika bertemu Sweden, Hwang telah mempamerkan kebolehannya di mata dunia.

Kosuke Nakamura

Jepun memiliki masalah serius di gawang tatkala penjaga gol ketika ini, Eiji Kawashima, sudah berusia 35 tahun. Akhirnya, Nakamura muncul. Pemain Kashiwa Reysol ini mampu menyekat percubaan dengan baik. Dalam beberapa tahun lagi, kemungkinan besar Nakamura akan menjadi penjaga gol nombor satu The Blue Samurai.