Santai Luar Negara

Jangan sesekali percaya kepada ramalan Piala Dunia yang dilakukan oleh Pele!

Pele adalah legenda bola sepak Brazil dan dunia. Seperti legenda lain yang telah bersara, dia juga memberikan ramalan dalam beberapa aksi dan pentas Piala Dunia, termasuk pada tahun ini.

Namun, Pele tampak tidak sesuai dalam memberikan ramalan selepas jangkaannya sering meleset. Berikut adalah antara ramalannya yang gagal.

Ramalan: Colombia menjadi juara Piala Dunia 1994

Hakikatnya, Colombia gagal mara ke pusingan seterusnya selepas hanya mampu mengutip tiga mata dan berada di posisi terbawah.

Ramalan: Sepanyol calon utama juara Piala Dunia 1998

Hakikatnya, Sepanyol gagal melepasi peringkat kumpulan selepas tewas di tangan Nigeria dan diikat seri oleh Paraguay.

Ramalan: China ke pusingan kedua Piala Dunia 2002

Apa yang berlaku adalah China hanya mampu menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan terakhir Kumpulan C tanpa sebarang kemenangan, tanpa seri dan tanpa jaringan.

Ramalan: Argentina dan Perancis bertemu di final Piala Dunia 2002

Kedua-dua pasukan gagal melepasi peringkat kumpulan ketika saingan di Jepun dan Korea Selatan ini. Malah, Perancis gagal mencatat sebarang gol.

Ramalan: Brazil gagal melepasi peringkat kumpulan Piala Dunia 2002

Hakikatnya, Brazil mudah mara ke pusingan seterusnya sehingga ke final, menewaskan Jerman dan menjulang trofi Piala Dunia kelima mereka.

Ramalan: Sepanyol calon juara Piala Dunia 2014

Sepanyol gagal melepasi peringkat kumpulan pada empat tahun lalu. Malah, wakil dari Persatuan Bolasepak Sepanyol menyalahkan Pele kerana menyokong pasukannya sebanyak dua kali.

Ramalan: Argentina akan menjadi juara Piala Dunia 2018

Hakikatnya, Argentina berdepan kemungkinan bakal tersingkir awal dari Piala Dunia 2018 selepas mencatat satu seri dan satu kalah selepas dua perlawanan.