Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Apa nasib Jerman? – Lima juara bertahan yang pernah terkandas di peringkat kumpulan

Baru-baru ini pasukan Jerman mengejutkan ramai peminat bola sepak apabila mereka menyisihkan Leroy Sane, pemenang ‘PFA Young Player of the Year 2018’ yang juga merupakan sebahagian daripada skuad bimbingan Pep Guardiola yang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala Liga daripada skuad kebangsaan Jerman ke Piala Dunia 2018.

Perlawanan pertama mereka pada Piala Dunia 2018 juga menjadi berita hangat dalam kalangan peminat bola sepak apabila mereka kalah 0-1 kepada Mexico hasil jaringan Hirving Lovano pada minit ke-35.

Untuk rekod, setakat ini hanya dua pasukan sahaja yang berjaya menjuarai Piala Dunia sebanyak dua kali berturut-turut. Dua pasukan tersebut adalah pasukan Itali pada tahun 1934 dan 1938 serta pasukan Brazil pada tahun 1958 dan 1962. Gelaran juara bertahan semestinya menjadi bebanan anggota skuad Jerman ketika ini.

Apakah nasib pasukan Jerman untuk kempen kali ini? Perlukah mereka merombak taktikal dan corak permainan? Adakah Joachim Low perlu memanggil kembali Leroy Sane? Mampukah Juara Piala Dunia 2014 ini melepasi saingan peringkat Kumpulan F?

Jika dirujuk kembali sejarah kejohanan Piala Dunia sepanjang zaman, terdapat lima pasukan yang memegang status sebagai juara bertahan kandas dalam saingan peringkat kumpulan. Adakah Jerman bakal menjadi senasib dengan 5 pasukan ini?