Dalam edisi Piala Dunia kali ini, ada dua perkara yang banyak berlaku. Pasukan bermain secara bertahan dan juga sepakan penalti dihadiahkan.
Sweden yang sukar untuk menembusi pertahanan Korea Selatan yang bermain secara bertahan perlu berterima kasih kepada teknologi VAR, selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas pengadil meneliti semula terjahan yang dilakukan pemain Korea.
Ketua pasukan Sweden, Andreas Granqvist menyudahkan sepakan penalti tersebut dan memberikan tiga mata kepada Sweden. Mari kita lihat analisis perlawanan ini.