Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Tribe Ratings Pemain: Modric terus menyinar buat Croatia, dimanakah Alex Iwobi?

Croatia membuka tirai kempen Piala Dunia mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Nigeria dalam perlawanan yang cukup menyeronokkan, awal pagi tadi.

Jaringan sendiri Oghenekaro Etebo meletakkan Croatia 1-0 di hadapan pada minit ke-32, dan walaupun Nigeria cuba bangkit selepas itu, sepakan penalti Luka Modric pada babak kedua akhirnya menhadiahkan tiga mata berharga buat anak buah Zlatko Dalic.

Berikut adalah Tribe Ratings yang diberikan kepada pemain-pemain Croatia dan Nigeria:

Ratings Pemain Croatia

Daniel Subasic - 6/10

Tenang dan bijak malam semalam. Membuat dua tepisan penting, namun secara keseluruhan, gagal diberi cabaran sengit oleh penyerang Nigeria.

Šime Vrsaljko - 6/10

Kadang kala mengalami kesusahan berdepan dengan jentera serangan Nigeria yang pantas. Namun agak mantap secara keseluruhan

Dejan Lovren - 6/10

Stabil dan tidak mengalami sebarang masalah berdepan dengan Odion Ighalo.

Domagoj Vida - 6/10

Seorang lagi pemain yang tidak mengalami sebarang kesusahan di atas padang. Berganding dengan baik bersama Lovren.

Ivan Strinic - 6/10

Meskipun berdepan dengan kelajuan Moses, kebijaksanaan Strinic dalam membaca pergerakan pemain wajar dipuji.

Ivan Rakitic - 6.5/10

Digandingkan dengan Modric, Ivan Rakitic berjaya mengawal tempo perlawanan dengan hantaran-hantaran yang mudah tetapi efektif.

Luka Modric - 7/10

Mungkin pemain terbaik Croatia di atas padang. Bermain secara box-to-box, rajin membantu jentera serangan dan juga bahagian pertahanan. Berjaya meledak satu gol.

Ante Rebic - 6/10

Cukup rajin di atas padang. Namun tidak begitu menonjol.

Andrej Kramaric - 6.5/10

Ada melakukan beberapa larian bahaya yang mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Ivan Perisic - 6/10

Digunakan sebagai attacking midfielder dan tampak tidak begitu efektif. Mungkin perlu diberi peluang beraksi sebagai sayap kiri, iaitu posisi beliau bersama Inter Milan

Mario Mandzukic - 6.5/10

Menggunakan kekuatan fizikal untuk membantu Croatia mencari ruang di kotak penalti Nigeria.

Ratings Pemain Nigeria

Francis Uzoho - 6/10

Tidak boleh dipersalahkan untuk kedua-dua gol yang dilepaskan oleh Nigeria. Cukup stabil di gawang gol Nigeria

Shehu Abdullahi - 5/10

Dibuli oleh Ivan Perisic, namun banyak membantu jentera serangan Nigeria, terutamanya pada babak kedua.

William Troost-Ekong - 5/10

Melakukan kesilapan yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Croatia. Tidak begitu mantap awal pagi tadi.

Leon Balogun - 6.5/10

Rajin dan bekerja dengan cukup keras di atas padang. Membuat tiga rampasan bola yang penting sepanjang 90 minit tadi.

Brian Idowu - 5.5/10

Mengalami kesusahan dalam berdepan dengan pemain-pemain Croatia yang laju. Tidak berjaya membuat hantaran untuk membantu penyerang Nigeria.

Wilfred Ndidi - 6/10

Terpaksa bekerja keras kerana berdepan dengan Luka Modric dan Ivan Rakitic.

Oghenekaro Etebo - 6/10

Antara pemain terbaik Nigeria, walaupun menjaringkan gol sendiri awal pagi tadi. Membuat 8 gelecekan penting, dan 100% terjahan yang dilakukannya cukup efektif, menurut statistik OPTA.

Victor Moses - 5/10

Banyak membuat larian tetapi gagal memberi impak di 'final third'. Hantaran-hantaran yang dilakukannya gagal mencari sasaran utama, iaitu Ighalo.

John Obi Mikel - 5/10

Sebagai kapten pasukan, Mikel perlu menunjukkan aksi yang bertenaga di atas padang. Awal pagi tadi, beliau dibuli dengan mudah oleh pemain-pemain Croatia.

Alex Iwobi - 5.5/10

Pemain yang dijangka akan menggalas tanggungjawab besar di bahagian serangan, namun tidak efektif untuk skuad Super Eagles awal pagi tadi.

Odion Ighalo - 5/10

Melancarkan tiga percubaan dan hanya satu berjaya menepati sasaran. Dineutralkan dengan mudah oleh gandingan Roblen dan Vida.