Malaysia Liga Super Malaysia

Tribe Ratings Pemain: Pesta gol di Cheras, Patrick Ifedayo tunjuk bisa di penampilan pertama

Perlawanan yang menarik bagi penyokong neutral dan penyokong Melaka United. Namun, bukan untuk penyokong Kuala Lumpur.

Tujuh gol dijaringkan dalam perlawanan ini. Melaka United menjadi pasukan kedua mencatat kemenangan di Stadium Cheras selepas kali terakhir Selangor menumbangkan Kuala Lumpur di stadium keramat mereka.

Benteng pertahanan Kuala Lumpur terus menjadi masalah buat mereka walaupun barisan serangan terus menunjukkan bisa mereka. Pemain import baru Melaka United, Ifedayo Olusugun menunjukkan aksi sebagai pemain terbaik perlawanan dengan menjaringkan dua gol buat Melaka United.

Tribe Ratings Pemain Kuala Lumpur

Tribe Ratings Pemain Melaka