Selesai!
Selepas satu minggu mengumpul data daripada penulis, editor kami dan juga para pembaca Football Tribe, kami telah berjaya membina senarai 44 pemain terbaik di dunia.
Senarai ini mengambil kira faktor-faktor berikut:
- Undian staf Football Tribe di seluruh Asia – 20%
- Undian para pembaca Football Tribe di seluruh Asia – 20%
- Rating WhoScored.com untuk aksi liga (EPL, LaLiga, Serie A etc) – 10%
- Rating WhoScored.com untuk aksi rantau Eropah (UCL, Europa League) – 10%
- Statistik EA Sports FIFA – 10%
- Jumlah follower di media sosial (Twitter/Instagram) – 10%
- Jumlah Piala yang dimenangi musim ini – 20%
Berikut adalah senarai pemain-pemain yang berada di posisi 44-34:
Tempat Ke-44: Milan Skriniar
Rating FT: 7.25
Rating Pembaca: 8.85
Mata Keseluruhan: 49.5
Milan Skriniar yang baru berusia 23 tahun ini menampilkan aksi yang cemerlang untuk membantu Inter layak ke pentas UCL musim depan.
Tempat Ke-43: Luis Alberto
Rating FT: 7.27
Rating Pembaca: 7.5
Mata Keseluruhan: 55.87
Luis Alberto antara tunjang paling penting dalam jentera serangan Lazio musim ini dan sering mencatat 'assists' untuk Lazio di pentas Serie A
Tempat Ke-42: Nemanja Matic
Rating FT: 7.09
Rating Pembaca: 6.72
Mata Keseluruhan: 56.61
Walaupun kadang kala tidak begitu menonjol, Nemanja Matic tetap menjadi antara pemain paling penting buat Manchester United musim lepas.
Tempat Ke-41: Kalidou Koulibaly
Rating FT: 7.34
Rating Pembaca: 7.56
Mata Keseluruhan: 56.86
Antara pemain kunci Napoli yang membolehkan mereka bersaing dengan Juventus di pentas Serie A musim ini.
Tempat Ke-40: Lorenzo Insigne
Rating FT: 7.25
Rating Pembaca: 7.38
Mata Keseluruhan: 57.69
Pengaruh Lorenzi Insigne dalam skuad Napoli memang tidak boleh dinafikan. Sayangnya, kita tidak akan menyaksikan kelibat Insigne di Piala Dunia 2018.
Tempat Ke-39: Paul Pogba
Rating FT: 5.91
Rating Pembaca: 6.33
Mata Keseluruhan: 58.59
Salah satu pemain termahal di dunia dan juga pemain yang ada menunjukkan kebolehannya bersama Man United musim ini. Aksinya di Piala Dunia 2018 sudah tentu dinantikan orang ramai.
Tempat Ke- 38: Florian Thauvin
Rating FT: 7.45
Rating Pembaca: 7.41
Mata Keseluruhan: 58.97
Florian Thauvin tampil cukup cemerlang bersama Marseille musim ini dan turut membantu mereka layak ke final Europa League.
Tempat Ke- 37: James Milner
Rating FT: 7.39
Rating Pembaca: 7.75
Mata Keseluruhan: 59.41
Peranan James Milner dalam kejayaan Liverpool mara ke final Liga Juara-Juara Eropah tidak boleh diperkecilkan. Dia berjaya mencatat lapan 'assists' di kejohanan tersebut.
Tempat Ke-36: Christian Eriksen
Rating FT: 7.52
Rating Pembaca: 8.2
Mata Keseluruhan: 59.72
Antara pemain paling dalam skuad Spurs adalah Christian Eriksen. Dia cukup bijak mengawal bola dalam situasi tekanan tinggi, dan sering melakukan hantaran-hantaran bijak buat rakan sepasukannya.
Tempat Ke-35: Ciro Immobile
Rating FT: 7.75
Rating Pembaca: 8.07
Poin Keseluruhan: 59.98
Menjadi titik tumpuan di bahagian serangan Lazio, Ciro Immobile menjadi penjaring terbanyak di Serie A musim ini. Selain itu, jumlah 'assists' yang dicatatkan oleh Eriksen turut mencapai tahap dua digit.
Tempat Ke-34: Mesut Ozil
Rating FT: 5.86
Rating Pembaca: 7.52
Mata Keseluruhan: 61.41
Mesut Ozil tetap memainkan peranan yang besar untuk Arsenal musim ini. Musim depan, dia dijangka akan terus menjadi sebahagian besar daripada perancangan Unai Emery untuk kelab North London itu.