Malaysia Asia

Wan Kuzain Wan Kamal buat penampilan pertama di Liga Bolasepak Amerika Syarikat (MLS)

Bintang muda kelahiran Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal mencipta sejarah apabila menjadi pemain berdarah Malaysia pertama beraksi di Liga Amerika Syarikat (MLS).

Pemain berusia 19 tahun itu membuat penampilan pertamanya untuk Sporting Kansas City (SKC) dalam perlawanan menentang Columbos Crew.

Wan Kuzain masuk menggantikan Roger Espinoza pada minit ke-86 perlawanan. Keputusan akhir perlawanan menyaksikan Sporting Kansas City terikat 0-0 dengan Columbus Crew.

Pemain yang lahir Carbondale, Illinois itu sebelum ini telah menarik perhatian ramai peminat Malaysia apabila video kehebatan anak muda ini tersebar. Ramai mengimpikan untuk melihat anak muda ini menyarung jersi Malaysia.

Wan Kuzain yang turut pernah berlatih di Belanda sebelum ini telah menyarung jersi skuad remaja Amerika Syarikat. Namun, anak muda ini juga pernah menyatakan bahawa dia masih belum berfikir untuk mewakili negara mana tetapi tetap akan rasa berbangga untuk menyarung jersi Malaysia.

Setakat ini ramai peminat tidak kisah jika Wan Kuzain menyarung jersi Amerika Syarikat kerana peluang untuk beraksi untuk kelab Eropah dan bermain di Piala Dunia lebih tinggi.

Tapi, siapa tahu jika Wan Kuzain lebih rasa Malaysia berbanding Amerika Syarikat dan berminat untuk membantu Malaysia. Jadi, sudah tiba masanya kita melahirkan pemain muda yang mempunyai keupayaan dan semangat yang lebih tinggi atau setaraf dengan Wan Kuzain.