Asia Asia Tenggara

Korea Selatan bawa dua pemain berpengkalan di Eropah untuk perlawanan persahabatan bertemu Indonesia

Korea Selatan akan membawa dua pemain mereka yang beraksi di Eropah untuk perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 23 Jun nanti.

Menjelang Sukan Asia di Jakarta, skuad bawah 23 tahun Korea kini bakal berdepan pasukan tuan rumah dalam satu perlawanan persahabatan bagi membiasakan diri dengan keadaan di Indonesia dan menguji stadium yang akan digunakan nanti.

Dua pemain yang beraksi di Eropah iaitu, Seo Youngjae yang beraksi bersama Hamburg di Bundesliga dan Lee Jinhyun yang bermain untuk kelab Liga Austria, Austria Vienna.

Seorang lagi pemain muda Korea Selatan, Lee Seung-woo yang beraksi di Serie A Itali bersama Hellas Verona tidak berada dalam skuad kerana dikhabarkan akan diumumkan sebagai sebahagian pemain skuad Piala Dunia Korea Selatan.

Pastinya ini akan menjadi medan ujian terbaik untuk kedua-dua pasukan yang mahu menunjukkan prestasi terbaik di Sukan Asia nanti. Bagi skuad bawah 23 tahun Indonesia, kehadiran pemain dari Eropah bersama pemain-pemain lain yang majoritinya beraksi di liga Korea pastinya akan memberikan pendedahan terbaik buat mereka untuk berdepan pasukan-pasukan gergasi Asia di tempat sendiri nanti.