Santai Piala Dunia 2018

Sebelas pemain terbaik Jerman yang tidak akan beraksi di pentas Piala Dunia 2018

Juara bertahan Piala Dunia, Jerman, sudah mengumumkan skuad awal bagi saingan Piala Dunia 2018. Joachim Low sudah membariskan 27 orang pemain dan jumlah itu akan dikecilkan kepada 23.

Skuad yang dimiliki cukup berwibawa tetapi masih ada beberapa pemain yang terpaksa dilupakan. Berikut adalah beberapa pemain yang tidak disenaraikan Low untuk ke Piala Dunia 2018.

Mark-Alexander Uth

Agak sayang apabila melihat nama Uth tidak disenaraikan dalam skuad awal Jerman ini. Pemain Hoffenheim ini menjaringkan 14 gol di Bundesliga pada musim ini.

Kevin Volland

Sama seperti Uth, Volland juga mencatat 14 jaringan di Bundesliga bersama Bayer Leverkusen pada musim ini. Namun, catatan itu jelas masih belum mampu membawanya ke Russia.

Ralf Fährmann

Fahrmann adalah salah seorang penjaga gol terbaik di Bundesliga pada musim ini dan dia mencatatkan jumlah tidak dibolosi terbanyak. Agak aneh apabila Low lebih cenderung untuk memilih Trapp dan Bernd Leno berbanding dirinya.

Lars Bender

Penampilan Lars Bender bersama Leverkusen tampak tidak menjamin tempat buatnya dalam skuad Jerman ke Piala Dunia. Dia jelas tidak mampu mengatasi pemain-pemain lain.

Max Meyer

Salah seorang pemain terbaik Schalke 04 pada musim ini di bawah kendalian Domenico Tedesco. Walaupun sempat dibekukan daripada pasukan utama kerana meminta untuk berpindah, penampilan pemain dari akademi Schalke ini telah memikat banyak pasukan dari England seperti Liverpool dan Arsenal.

Philipp Max

Raja bantuan jaringan dari Augsburg nyata tidak dapat membantu Max menyertai skuad awal Jerman. Dia yang beraksi di bek kiri telah mengutip 13 bantuan gol dalam saingan Bundesliga musim ini.

Serge Gnabry

Potensi yang dimiliki oleh pemain pinjaman dari Bayern Munich ini memang luar biasa. Gnabry cukup memukau pada musim ini apabila membantu Hoffenheim menduduki tangga ketiga Bundesliga.

Emre Can

Salah seorang pemain yang menjadi penyumbang terbesar kepada kecemerlangan Liverpool pada musim ini. Sayangnya, kecederaan yang dialami membuatkan terpaksa melupakan Piala Dunia 2018.

Sandro Wagner

Salah seorang penyerang berbakat di Bayern tetapi Wagner masih belum mampu menandingi Robert Lewandowski. Dia harus menambah aksi permainannya untuk dipanggil ke pasukan Jerman.

Sven Ulreich

Ulreich membuktikan dirinya mampu menggantikan tempat Manuel Neuer yang cedera pada musim ini. Walaupun melakukan kesilapan mudah di Liga Juara-Juara Eropah, bakatnya harus dihargai selepas penampilan hebat di Bundesliga.

Mario Götze

Penjaring gol kemenangan Jerman di final Piala Dunia 2014 kini tidak disenaraikan ke skuad awal Jerman. Penampilannya pada musim ini kurang meyakinkan, namun sebagai wira pada empat tahun lalu, agak aneh melihat Gotze tidak disenaraikan.