Luar Negara Berita

Ekoran persembahan positif bersama Persija, Marko Simic terima tawaran dari Besiktas?

Penyerang berbisa Persija Jakarta, Marko Simic kini dikhabarkan akan meninggalkan kelab yang berpengkalan di Jakarta itu.

Penyerang Croatia itu dikatakan telah menarik minat kelab Turki, Besiktas ekoran prestasi hebatnya bersama Persija Jakarta. Simic sendiri telah memberi bayangan seakan-akan bakal meninggalkan kelab yang terkenal dengan jolokan Macan Kemayoran itu menerusi laman media social peribadinya.

Biarpun bakal kehilangan penggempur terhebat mereka, penyokong kuat Persija, The Jakmania terus tenang dan tidak terkejut dengan khabar angina perpindahan Simic ke Turki.

Ketua Umum The Jakmania, Ferry Indrasjarief dalam satu kenyataan menerusi kenyataan rasmi Pusat The Jakmania menyatakan bahawa mereka tidak risau dengan berita ini dan menjadi tugas mereka untuk meyakinkan Simic supaya terus kekal bersama Persija Jakarta.

“Untuk The Jakmania yang dewasa dan setia, isu seperti ini diterima dengan tenang. Tetapi pastinya berita seperti ini akan membawa kegusaran kepada peminat Simic.

“Tugas kami adalah untuk meyakinkan Simic untuk terus bersama pasukan berjuang merebut semua piala-piala yang ada.”

Selain itu, Ferry juga yakin bahawa Simic akan menghormati kontraknya dan kekal bersama Persija.

“Kami ada mendengar mengenai tawaran kelab Turki itu sejak tiga minggu lalu, tetapi sehingga kini tidak ada perkembangan. Simic mempunyai kontrak dua tahun dengan Persija dan dia menghormatinya.

“Simic juga sudah menandatangani kontrak dua tahun dengan Spec (Penaja jersi Persija Jakarta) .”

Jika benar Simic akan ke Turki, pastinya sukar untuk Persija menahan penyerang itu yang pastinya mahu merasa beraksi di Liga Eropah berbanding terus kekal di Indonesia. Tetapi Simic perlu juga menghormati pasukannya sekarang dan terus berusaha membawa kejayaan kepada Persija terutamanya dalam saingan Piala AFC.