Pengenalan jersi pasukan yang menyertai Piala Dunia 2018 telah kami tampilkan semalam, bermula dengan skuad daripada Kumpulan A sehingga Kumpulan D. Seterusnya, sudah tentu ada wakil daripada Kumpulan E sehingga Kumpulan H. dan penampilan jersi mereka juga tidak kurang hebatnya.
Brazil
Jersi berwarna kuning digunakan Brazil untuk berusaha meraih trofi Piala Dunia yang keenam. Jika dilihat dengan teliti, terdapat corak seperti kupu-kupu pada permukaan jersi mereka.
Switzerland
Jersi merah Switzerland mempunyai ciri-ciri unik yang membaluti seluruh jersi mereka.
Costa Rica
Salah satu pasukan yang memilih New Balance sebagai pembekal jersi untuk mereka. Mereka menggunakan warna merah yang diselitkan warna putih pada bahagian leher.
Serbia
Switzerland, Costa Rica dan kemudian Serbia memilih warna merah untuk jersi utama mereka dan ia seakan-akan jersi Switzerland.
Jerman
Salah satu jersi yang terbaik pernah dimiliki oleh pasukan kebangsaan Jerman. Corak klasik yang dipilih terbukti sangat menarik.
Mexico
Jersi Mexico menggunakan warna hijau tradisional khas buat negara mereka. Terdapat sebuah corak berwarna hijau muda di bahagian pinggang serta tiga garisan Adidas pada bahu.
Sweden
Golongan Viking akan menggunakan jersi berwarna kuning dan seperti jersi Adidas daripada negara lain, Sweden juga tidak terlepas daripada tiga garisan pada jersi mereka.
Korea Selatan
Jersi utama mereka memaparkan identity sebenar iaitu Red Devils, sementara jersi kedua lebih kepada corak Taeguk.
Belgium
Corak berwarna merah dan kuning digunakan pada jersi merah menyala oleh Belgium yang tentunya mampu menyilaukan mata.
Panama
Satu lagi pasukan yang menggunakan jersi daripada New Balance. Ia tampak santai tetapi elegan dan mempunyai sedikit persamaan dengan jersi Korea Selatan.
Tunisia
Sekali lagi warna merah menjadi pilihan, namun penampilan jersi Tunisia agak sederhana
England
Jersi putih tetap menjadi kebanggaan skuad The Three Lions.
Poland
Poland mempunyai jersi yang menggunakan dua warna merah yang berbeza, dipisahkan oleh satu garisan.
Senegal
Setakat ini, Senegal masih belum lagi mengeluarkan jersi baru.
Colombia
Colombia juga antara pasukan yang tidak kurang menariknya seperti Jerman. Tema klasik digunakan untuk Piala Dunia 2018.
Jepun
Apa yang boleh dilihat pada jersi Jepun adalah mereka benar-benar kelihatan seperti pahlawan samurai.