Luar Negara Berita

Menggunakan penyerang tempatan, ketua jurulatih Persebaya terima pujian

Di saat semua pasukan menggunakan pemain import untuk mencatat kemenangan dalam aksi Liga 1 Indonesia, ketua jurulatih Persebaya Surabaya, Angel Alfredo Vera, lebih mengutamakan pemain tempatan untuk perlawanan pertama mereka.

Walaupun mempunyai penyerang import baru dari Brazil iaitu David da Silva, Alfredo menurunkan penyerang tempatan, Ricky Kayame ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Perseru Serui dalam perlawanan pertama mereka di Liga 1 Indonesia.

“Kami (Persebaya) mahu menurunkan penyerang tempatan. Ianya penting untuk negara ini, kerana penyerang itu akan mendapat banyak pengalaman,” kata Alfredo mengenai keputusannya menurunkan Ricky.

Tindakan, Alfredo itu mendapat punjian daripada jurulatih skuad bawah 19 tahun Indonesia, Indra Sjafri yang menerusi akaun Twitternya pada Ahad lalu.

“Terima kasih ‘coach’ atas ingatan tersebut, ini satu komitmen bagus untuk memberi peluang kepada pemain Indonesia. Kami memerlukan lebih ramai pemain bagus daripada liga kami sendiri.”

Dengan desakan mendapatkan keputusan, rata-rata pasukan di Indonesia menggunakan penyerang import. Kemungkinan untuk Alfredo menggunakan penyerang import tetap ada kerana Persebaya baru mendapatkan David da Silva, tetapi bagus juga untuk mereka menggandingkan David dengan Ricky, berbanding menggantikan Ricky dengan David.