Luar Negara Eropah

Iceland gunakan video menarik untuk lancar jersi Piala Dunia 2018

Menjelang Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung pada 14 Jun nanti, satu demi satu pengeluar pakaian dan pasukan memperkenalkan jersi yang akan dipakai mereka di temasya sukan tersebut.

Terbaru, Iceland telah memperkenalkan jersi yang akan dipakai oleh mereka menerusi satu video menarik yang dimuat naik di media sosial mereka.

Iceland yang menggunakan jersi berjenama errea akan menyarung jersi berwarna biru mereka seperti biasa dengan jersi kedua berwarna merah dan warna putih sebagai jersi penjaga gol.

Iceland bakal membuat penampilan pertama mereka di Piala Dunia, dan pastinya jersi mereka adalah antara yang dinanti dan bakal laris nanti.

Antara pemain yang akan menyarung jersi Iceland itu nanti adalah bintang Everton, Gylfi Sigurdsson, pemain Cardiff City Aron Gunarsson dan Johan Berg Gudmondsson yang bermain untuk Burnley. Malang sekali kita tidak dapat melihat bekas pemain Chelsea dan Barcelona, Eidur Gudjohnsen menyarung jersi ini kerana dia telah bersara.