Luar Negara

Empat kelab gergasi ini telah diberikan jersi baru oleh EA Sports

EA Sports telah mengumumkan bahawa empat kelab gergasi yang berada dibawah penajaan Adidas akan diberi jersi baru dalam FIFA 18.

Pilihan terbaru ini adalah sebahagian daripada kerjasama di antara EA Sports dan Adidas, di mana penyokong Real Madrid, Manchester United, Juventus dan juga Bayern Munich akan diberi peluang untuk menggunakan jersi-jersi tersebut untuk skuad Ultimate Team masing-masing.

Maksudnya, jika anda memilih mana-mana pasukan tersebut sebagai ‘Favourite Team’, anda boleh menggunakan jersi pasukan tersebut untuk percuma. Jika anda memilih kelab lain sebagai ‘Favourite Team’, anda perlu membeli jersi-jersi tersebut daripada pemain-pemain lain.

Berikut adalah gambar jersi-jersi tersebut:

JUVENTUS

MANCHESTER UNITED

REAL MADRID

BAYERN MUNICH