Luar Negara

Jemaah Menteri dan kerabat Diraja Britain tidak akan menghadiri Piala Dunia 2018

Perdana Menteri Britain, Theresa May semalam mengumumkan bahawa jemaah menteri dan kerabat Diraja Britain tidak akan menghadiri sebarang perlawanan di Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung di Russia.

Pengumuman ini dilakukan selepas seorang bekas perisik Russia mati disebabkan penggunaan racun saraf dan UK menghalau 23 diplomat Russia yang diumumkan sebagai Pegawai Perisik Rahsia.

Istana Buckhingam telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada perancangan setakat ini dari mana-mana keluarga kerabat Diraja Britain untuk ke Russia pada Piala Dunia nanti.

Namun begitu,Putera William merupakan presiden bagi Persatuan Bolasepak England (FA).

Theresa May turut menyatakan bahawa semua pegawai tertinggi Persatuan Bolasepak England perlu mempertimbangkan keadaan mereka.

Dalam satu kenyataan, FA England menyatakan mereka akan berkerjasama dengan kerajaan UK dan semua pihak berkuasa untuk memastikan kelancaran dan keselamatan semua.

“Keutamaan kami untuk semua perlawanan England adalah untuk memastikan keselamatan semua penyokong, pemain dan pegawai. Mengikut prosedur biasa, kami akan mendapatkan nasihan perjalanan daripada Kementerian Luar dan Komanwel.”

Hubungan di antara UK dan Russia terganggu selepas seorang bekas perisik Russia, Sergei Skripal dan anaknya Yulia berada dalam keadaan kritikal selepas sejenis racun saraf digunakan terhadap mereka.