Datuk Ong Kim Swee mungkin terpaksa membina kesebelasan utama yang baru untuk perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan akibat masalah kecederaan yang dialami oleh empat pemain.
Menurut laporan Utusan Malaysia, empat pemain tersebut adalah Matt Davies (betis), Irfan Zakaria (paha), Dominic Tan (kaki) dan Syazwan Andik (hamstring).
Keempat-empat pemain ini memainkan peranan yang cukup besar dalam kejayaan skuad Ong Kim Swee setakat ini, terutamanya Dominic Tan, yang cemerlang di bahagian pertahanan apabila mereka menumpaskan Arab Saudi 1-0 pada hari Selasa lepas.
Manakala, Syazwan Andik dan Matt Davies adalah aspek yang penting dalam formasi 3-4- yang digunakan oleh Ong Kim Swee dalam ketiga-tiga perlawanan mereka di pentas AFC B-23 setakat ini.
Namun, isu kecederaan ini dikatakan tidak begitu besar dan kesemua pemain ini mempunyai peluang untuk turun beraksi, sekiranya berjaya membuktikan tahap kecergasan mereka hari ini.
Pasukan yang memenangi pertembungan petang ini akan berjumpa dengan Uzbekistan di peringkat separuh akhir.