Asia AFC U23 Championship

Previu Kumpulan C Piala AFC B-23 Tahun: Cabaran besar menanti anak buah Kim Swee di China

MALAYSIA

Photo Credit: FAM

Ketua Juruatih: Datuk Ong Kim Swee
Pemain Tumpuan: N. Thanabalan

Tiada siapa yang menjangkakan bahawa skuad Ong Kim Swee akan melayakkan diri ke pentas Piala FC B-23 tahun, namun barisan pemain ini berjaya membuktikan diri mereka sebagai juara Kumpulan H di peringkat kelayakan.

Walaupun berjaya menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan pertama, Malaysia kemudiannya dikalahkan oleh Thailand dengan skor yang sama. Namun, Thailand hanya sekadar seri menentang Indonesia dan Mongolia, sekaligus memberi peluang kepada Malaysia untuk meraih mengalahkan Mongolia dan menjadi juara kumpulan tersebut.

Skuad ini turut berjaya layak ke final Sukan SEA pada bulan Ogos lepas, di mana N. Thanabalan menjadi hero mereka dengan empat gol dalam enam perlawanan. Tetapi, cabaran yang menanti mereka di China tidak boleh dipandang rendah. Tidak mustahil jika OKS memilih untuk bermain dengan corak yang defensif kerana mereka berdepan dengan pasukan-pasukan gergasi timur tengah.

 

“Memang bagus untuk kita layak ke pentas ini buat kali pertama kerana ini memberi peluang untuk kita menimba pengalaman. Tidak kira apa berlaku di China, banyak yang boleh pemain saya pelajari daripada pengalaman ini. Kejayaan ini menunjukkan bolasepak Malaysia ada kemajuan. Namun, kita perlu menggunakan pengalaman ini untuk membina pasukan yang lebih mantap buat masa depan negara,” tambah Ong.

 

Trivia!

Skuad Malaysia akan diketuai oleh Matt Davies, pemain 23 tahun yang dinobat sebagai pertahanan terbaik Malaysia di Anugerah Bolasepak Kebangsaan yang berlangsung bulan lepas. Matt turut menjadi pilihan panel Football Tribe untuk dimasukkan ke dalam senarai 20 Pemain Terbaik di Asia Tenggara.