Asia AFC Cup

Penalti kontroversi hancurkan impian JDT mara ke final zonal asean AFC Cup 2017

Hasrat penyokong untuk melihat wakil tunggal negara iaitu Johor DT untuk mara lebih jauh dalam saingan AFC Cup 2017 tidak menjadi kenyataan apabila tewas kepada kelab filipina, Ceres Negros melalui jaringan penalti di minit akhir.

Walaupun kedudukan agregat terikat 4-4 tetapi Ceres layak ke final peringkat Zonal Asean bertemu pasukan dari Singapore, Home United melalui peraturan gol di tempat lawan.

Ceres berjaya menjaringkan gol pembukaan melalui jaringan Kota Kawase di minit 26 dan seterusnya menyamakan kedudukan kepada 3-3 dari segi aggregat. Selepas separuh masa kedua bermula, Gabriel Guerra berjaya menyamakan kedudukan di minit 65 sekaligus menyaksikan JDT mendahului dari segi agregat, 4-3.

Kota kawase berjaya menjaringkan gol pembukaan menewaskan Farizal Marlias.

Perlawanan agak tegang di minit akhir apabila Farizal Marlias dilayangkan kad merah kerana disyaki mengasari pemain lawan selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Ceres.

Pemain Ceres Negros FC, Rodriguez berjaya memanfaatkan peluang ini untuk membawa Ceres layak ke peringkat final zonal Asean buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Filipina. Yang pasti, ini merupakan kekalahan yang paling pahit yang harus ditelan oleh penyokong pasukan Johor DT dan juga peminat bolasepak tanah air. Perjuangan JDT dalam saingan AFC Cup tahun ini sudah berakhir.

Pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Ceres kerana Aidil Zafuan dipercayai telah mengasari pemain Ceres dalam kotak penalti.