Kashiwa Reysol.
Inilah pasukan yang menjadi halangan terakhir kepada aspirasi Johor DT untuk beraksi di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun ini, sekiranya mereka dapat menewaskan Muangthong United pada 23 Januari ini.
Pasukan yang memenangi perlawanan tersebut akan diberi peluang untuk berkunjung ke Kashiwa pada 30 Januari untuk bertarung demi slot terakhir Kumpulan F di pentas ACL. Jika musim lepas JDT ditewaskan oleh Gamba Osaka pada peringkat yang sama, pertembungan tahun ini bakal lebih susah.
Kashiwa Reysol merupakan antara pasukan terbaik di J.League dan berjaya meraih tempat keempat musim lepas. Rekod mereka turut menunjukkan bahawa mereka hanya habis 10 mata dibelakang juara liga, Kawasaki Frontale dan hanya satu mata di belakang Cerezo Osaka di kedudukan ketiga.
Berikut adalah senarai lima perkara yang perlu anda tahu tentang pasukan yang bakal menjadi pencabar kepada JDT ataupun Muangthong United: