Luar Negara

Football Tribe Awards: 20 Pemain Terbaik Di Asia Tenggara (10-4)

Rezaldi sudah tentu pemain muda yang paling menarik perhatian ramai di Liga 1 Indonesia sepanjang 2017. Walaupun hanya berumur 22 tahun, Rezaldi merupakan bek kiri terbaik di Indonesia pada masa ini kerana dia mempunyai keseimbangan dari segi pertahanan dan juga serangan. Rezaldi juga mempunyai kebolehan untuk membuat hantaran lintang yang bahaya secara konsisten. Semua peminat bola sepak di Indonesia sudah mula seronok untuk melihat perkembangan pemain ini tahun depan.