Luar Negara

Real Madrid mahu bawa Sessegnon ke Santiago Bernabeu?

Real Madrid dikatakan berminat untuk menandatangani bintang muda Fulham, Ryan Sessegnon apabile jendela perpindahan Januari dibuka dalam beberapa hari lagi.

Pemain yang berusia 17 tahun itu sudah mula menarik perhatian kelab-kelab gergasi di Eropah selepas berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang musim ini.

Menurut laporan AS, Manchester United dan Tottenham Hotspur sudah menunjukkan minat mereka sebelum ini, namun Real Madrid juga sudah meyertai kumpulan kelab yang sedang memantau pemain muda England itu.

Sessegnon merupakan pemain bek kiri yang bersifat ‘attacking’. Oleh sebab itu, dia juga boleh bermain sebagai pemain sayap dan sudah menjaringkan lima gol untuk Fulham setakat ini. Zinedine Zidana melihat pemain ini sebagai pengganti yang terbaik untuk Marcelo dalam tahun-tahun yang akan datang.

Saksikan video yang menunjukkan corak permainan Sessegnon di Fulham: