Mereka yang menonton persiapan Piala Dunia di Qatar menjelang 2022 mungkin telah menyedari sumbangan yang sangat penting oleh Jawatankuasa Tertinggi Pengiriman & Warisan serta percubaan mereka untuk membuat acara ini lebih mesra alam.
Perkembangan positif ini ditambah dengan lawatan rasmi Frank Rijsberman, Ketua Pengarah Institut Pertumbuhan Hijau Global, Dr. Rijsberman.
Perancangan untuk menjaga alam sekitar sambila mengimbangkan pelepasan karban dan pengurusan sisa sampah telah dibincangkan sebagai objektif utama lawatan beliau ke Qatar.
Tambahan daripada itu, stadium yang masih dalam proses pembinaan juga menggunakan kaedah-kaedah mengurangkan kesan kepada alam sekitar dan telah dilakukan dengan pemerhatian yang penuh.
Qatar juga dilapor menggunakan 20% bahan-bahan daripada alam semula jadi serta mementingkan penjimataan air dan tenaga.
Bagi mengurangkan pelepasan karbon, 55% bahan yang digunakan semasa pembinaan telah diperolehi daripada industri tempatan.
Manakala bagi kawasan di sekitar stadium, Qatar mengambil inisiatif dengan menanam tumbuh-tumbuhan yang menyerap haba bagi membentuk 75% ruang hijau bagi para penonton.
Misi utama Qatar untuk menyediakan kawasan mesra alam ditambah dengan mengurangkan penggunaan kereta apabila keretapi bawah tanah bakal dibina di setiap destinasi stadium bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.