Frank Lampard telah kembali ke Stamford Bridge sebagai jurulatih.
Selepas menguruskan Derby County musim lepas, beliau memilih untuk pulang ke Chelsea dan menawarkan khidmatnya dalam kontrak selama tiga tahun.
“Saya bangga untuk kembali ke Chelsea sebagai jurulatih,” katanya, seperti yang dilaporkan di laman web kelab itu.
“Semua orang tahu cinta saya untuk kelab ini dan sejarah yang telah kami kongsi, namun tumpuan utama saya adalah untuk bekerja dan bersiap untuk musim depan.
“Saya berada di sini untuk bekerja keras, membawa kejayaan lebih jauh ke kelab dan saya tidak sabar untuk memulakan.”