Luar Negara Berita

Pesanan ringkas Sir Alex Ferguson buat Harry Maguire

Harry Maguire adalah seorang pemain pertahanan tengah yang dikehendaki oleh Manchester United bagi menutup kelemahan di bahagian pertahanan Red Devils.

Selain daripada itu, bekas pengurus lagenda United, Sir Alex Ferguson juga dilaporkan telah meminati pemain berusia 26 tahun ini dan terdapat cerita menarik yang dilaporkan penulis sukan terkenal Andy Mitten mengenai panggilan telefon yang dibuat oleh Alex Ferguson sewaktu Maguire berada di hospital.

Pada tahun 2011, pemain berusia 26 tahun telah mewakili Sheffield United pada aksi akhir Piala Belia di Old Trafford, tetapi terpaksa dikeluarkan akibat daripada kecederaan yang teruk di mana beliau dipaksa bermalam di hospital.

Beberapa hari kemudian, Ferguson membuat panggilan telefon dan memberitahu pemain tersebut ‘jika beliau meneruskan sikap rendah diri dan bekerja keras, maka dia akan bermain di peringkat tertinggi.’

Andy Mitten menyatakan bahawa Ferguson juga memberi keyakinan yang tinggi buat pertahanan tengah England dan menganggap ianya adalah salah satu titik perubahan dalam kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Beberapa tahun kemudia, Jose Mourinho cuba membawa beliau masuk ke United pada musim panas lalu selepas melihat bakatnya di Leicester City dan juga bersama pasukan England.

Dengan hajat yang tidak kesampaian, United terus memburu Maguire pada musim ini dengan.

Manchester United juga telah menaikkan angka pembelian Maguire kepada £70 juta bagi menewaskan jiran mereka Manchester City yang juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Sama ada beliau akan berpindah ke United atau City, ia masih menjadi tanda tanya.