Luar Negara

Football Tribe Awards: 20 Pemain Terbaik Di Asia Tenggara (10-4)

Walaupun sudah berumur 32 tahun Nguyen Anh Duc terus membuktikan bahawa dia mampu mencabar pemain import di V.League. Dengan 17 gol, Anh Duc menjadi penjaring terbanyak V.League untuk 2017 dan turut menjadi penyerang tempatan pertama untuk menjaringkan 17 gol sejak 15 tahun lepas. Jumlah gol tersebut turut membantu Binh Duong mengelak daripada tersingkir ke divisyen kedua.