Liga Super Malaysia Berita

Hasrat Kelantan untuk mengikat Simic tidak kesampaian

Marko Simic dikatakan telah menolak tawaran Kelantan untuk menyertai mereka buat musim Liga Super 2018.

Presiden Kelantan FA, Bibi Ramjani sebelum ini meluahkan hasrat untuk membawa bekas penyerang Negeri Sembilan dan Melaka United itu ke Kota Bharu namun menurut laporan Arena Metro, perjanjian di antara kedua-dua pihak akhirnya tidak termeterai.

Laporan Arena Metro berkata bahawa akaun Instagram kelab penyokong Kelantan, Kelantan FC Pride & Soul menghubungi Simic untuk mendapatkan kepastian, dan penyerang kelahiran Croatia itu mengesahkan bahawa dia menolak tawaran TRW.

“Minta maaf semua… saya tidak terima tawaran itu, saya berharap semua (penyokong dan pasukan Kelantan) lakukan yang terbaik (musim depan),” kata Simic.

Ini bermakna Kelantan masih perlu mencari seorang lagi import untuk posisi penyerang buat musim 2018. Satu lagi pemain yang dikatakan bakal menyertai Kelantan ada penyerang Filipina, Misagh Bahadoran, yang baru sahaja membantu Global FC mara ke final Philippines Football League beberapa minggu lepas.