Luar Negara

Alex tolak tawaran Chelsea, pilih untuk sertai Liverpool

Alex Oxlade-Chamberlain dari Arsenal menolak peluang untuk menyertai Chelsea dan lebih suka berpindah ke kelab Liverpool atau tinggal di Emirates, menurut laporan dari BBC.

Chamberlain, 24, menerima tawaran dari Chelsea pada hari Isnin, dengan sumber ESPN FC mengesahkan bahawa bayaran telah dipersetujui untuk membawa pemain yang beraksi di posisi serangan dan sayap itu ke Stamford Bridge.

Bagaimanapun, BBC melaporkan pada hari Selasa semalam bahawa pemain antarabangsa England itu menolak perpindahan £ 40 juta untuk menyertai pasukan Antonio Conte kerana dia mahu beraksi di posisi tengah dan bukan posisi sayap, di mana dia percaya Chelsea membayangkan akan menggunakannya di posisi itu.

Dalam laporan lain, Oxlade-Chamberlain nampaknya lebih suka bergerak ke Liverpool daripada Chelsea untuk mendapatkan peluang bermain dalam peranan pilihannya, dengan pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu dijangka akan membuat tawaran sebelum pintu perpindahan ditutup sepenuhnya.