Liga Super Malaysia

Sathia kritik kualiti padang di stadium pasukan Kelantan

Ketua jurulatih Felda United, B Sathianathan menyalahkan kualiti padang menjadi punca skuad kendaliannya gagal menewaskan Kelantan dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Menurut Sathia, kualiti padang di Stadium Sultan Muhammad IV perlu segera dipulihkan kerana ia menjejaskan gaya permainan sesebuah pasukan yang menerapkan corak hantaran berpasukan.

“Dulu, Kelantan ini memang satu tempat yang susah untuk menang tetapi sekarang keadaan mereka menjadi tidak selesa jika bermain di tempat sendiri.”

“Antara punca adalah padang… tolonglah baiki padang itu dulu kerana ia tidak sesuai dengan permainan pasukan Kelantan dan mana-mana pasukan yang mengamalkan permainan corak hantaran pendek berpasukan.”

“Dulu semasa saya bimbing Kelantan, saya ingat padang mereka antara yang terbaik dalam Malaysia tetapi sekarang ini, saya ingat kalau bawa lembu pun tak nak dengan padang macam ini,” katanya pada berita harian selepas perlawanan malam tadi.

Sehubungan itu, Sathianathan menggesa pihak pengurusan pasukan Kelantan meneliti semula kualiti padang dan memanfaatkan rehat sebulan lebih untuk memperbaiki kadaan padang berkenaan.

“Sekarang baru saya tahu kenapa Kelantan asyik kalah di tempat sendiri dan salah satunya adalah padang… kalau padang macam ini, ramai pemain boleh cedera dan saya fikir Badhri Radzi (Piya) dan lain-lain cedera disebabkan oleh padang.”

“Kita kena jaga padang itu, baharu kita dapatkan permainan yang cantik, jadi saya harap pihak terbabit tolonglah ambil masa rehat tiga, empat minggu selepas ini untuk baiki padang,” katanya.

 

Felda United dan Kelantan terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas terikat 1-1 pada perlawanan liga super semalam. Felda kini menghuni kedudukan ke eempat liga super dengan 30 mata manakala Kelantan menghuni kedudukan sembilan dengan 18 mata.

sumber: Berita Harian