Berita

Video Podolski Jaringkan 2 Gol Dalam Penampilan Pertama Vissel Kobe

Lukas Podolski melakukan debut pertama J1 League semalam ketika Vissel Kobe menerima kunjungan Omiya Ardija di Noevir Stadium, Kobe.

Memakai jersi no 10, Podolski membuktikan status beliau sebagai seorang pemain berprofil tinggi dalam J1 League apabila menjaringkan 2 gol untuk membantu Vissel Kobe, menewaskan Omiya Ardija dilaman sendiri.

Podolski diangkat sebagai pemain paling berprofil tinggi selepas Diego Forlan yang pernah beraksi bersama Cerezo Osaka pada 2014-2015.

Vissel Kobe kini berada dikedudukan ke 9 liga selepas 19 perlawanan, ketinggalan 12 mata kepada pendahulu, Cerezo Osaka dan kehadiran Podolski diharap mampu untuk membantu kelab dari Kobe ini untuk menamatkan liga dikedudukan yang lebih baik.

Vissel Kobe membawa masuk Lukas Podolski dari Galatasaray dengan nilai perpindahan berjumlah USD5.3 juta / RM 22.7 juta.