Asia Tenggara menjadi tumpuan
Bermula pada esok iaitu pada 19 Julai, 9 bandar akan membuka saingan kelayakan selama 5 hari melibatkan 40 pasukan. Bakal berlangsung dari 19 julai-23 julai kecuali hanya kumpulan D bermula lebih awal iaitu 15 julai-19 julai.
Kelayakan dalam kumpulan D di berlaku di Al Ain, Emeriah Arab Bersatu, ketika 9 kumpulan lain akan bermula esok, kumpulan D pada ketika ini sudah menharungi 2 perlawanan. Emeriah Arab Bersatu dan Uzbekistan sedang terikat 6 mata.
Jika perlawanan penutup menemukan 2 pasukan ini berkesudahan seri maka 2 pasukan ini akan layak ke China 2018 dengan slot juara kumpulan dan best runners up. Dengan mengumpul 7 mata agak mustahil untuk pasukan kedudukan ke-2 tidak mampu menjadi best runners up.
4 bandar di Asia Tenggara sekali lagi menjadi hos 4 dari 5 kumpulan untuk blok Asia Timur. Bangkok, Yangon, Phenom Penh dan Ho Cho Minh. 1 lagi bakal berlangsung di Pyongyang, Korea Utara.
Sri Lanka digugurkan, China sebagai hos pusingan akhir
penguguran Sri Lanka menjadikan jumlah pasukan tidak seimbang untuk 10 kumpulan. Kumpulan A akan hanya mempunyai 3 pasukan yang mana kiraan best runners up akan sedikit kompleks. Keputusan yang melibatkan dengan pasukan terbawah kumpulan bakal tidak dikira dalam 9 kumpulan lain untuk penyeragaman kiraan.
Jika Malaysia bercita-cita mahu mencuba untuk mendapat tempat ke-2 kumpulan, Malaysia perlu melihat perlawanan menentang Thailand dan Indonesia sebagai keutamaan berbanding Monggolia.
Moggolia mungkin menjadi pasukan paling lemah dan boleh ditewaskan oleh 3 Thailand, Indonesia dan Malaysia tetapi pada akhirnya tidak membawa apa-apa makna pada kiraan akhir.
Dalam kumpulan J, kumpulan ini melibatkan Jepun, China dan 2 pasukan dari asia tenggara iaitu Filipina dan Kemboja. Tidak kira apa keputusan melibatkan China, pasukan ini sudah mendapat slot terus ke pusingan akhir sebagai hos. Kemungkinan slot best runners up tidak akan muncul dalam kumpulan ini. Ini kerana Jepun dan China dijangka mudah untuk membuat kemaraan.
3 pasukan dari Asia Tenggara menghuni kumpulan H
Kumpulan H adalah kumpulan yang melibatkan pasukan Malaysia. Thailand yang mara ke pentas pusingan akhir pada edisi 2016 diletakan sebagai pilihan utama.
Indonesia sebagai pilihan ke-2, ke-3 Malaysia dan pilihan terakhir adalah Monggolia. Malaysia bakal membuka tirai perlawanan bertemu Indonesia,Thailand dan diakhiri dengan Moggolia. Perlawanan penting berlaku dalam perlawana pembukaan untuk pasukan Malaysia.
19/7 Malaysia lwn Indonesia, 4 petang
21/7 Malaysia lwn Thailand, 7 malam
23/7 Malaysia lwn Monggolia, 4 petang
Adakah Skuad B23 mampu mara lebih jauh dalam kejohanan Asia atau hanya sebagai kejohanan persiapan Sukan Sea. Dalam kalendar AFC dan FIFA, Sukan Sea cuma kejohanan serantau. Ketika Sukan Sea memerlukan lebih 2 minggu untuk dihabiskan jika mara ke final, Kejohanan dari AFC ini cuma memerlukan seminggu atau lenih tepat lagi hanya 5 hari.