Terengganu pantas menafikan dakwaan bahawa ada masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan ketika ini.
Arena Metro melaporkan, pengurusan pasukan terkejut dengan dakwaan masalah tunggakan gaji pemain dan hutang lampau sejak 2018.
Malah, laporan itu menyebut bahawa Terengganu tidak berdepan masalah untuk membayar gaji pemain walaupun kehilangan sumber pendapatan selepas liga ditangguhkan.
“Pengurusan TFC begitu komited menyelesaikan gaji pemain dan pegawai pasukan seperti yang tertakluk dalam kontrak masing-masing,” kata sumber.
“Ingin ditegaskan jika kami ada masalah berkenaan tunggakan gaji, sudah pasti tidak mendapat lesen untuk beraksi dalam Liga Malaysia.”
Setakat ini, hanya Kelantan, PDRM, Melaka dan Kedah yang diketahui umum berdepan dengan krisis kewangan dan penangguhan liga akibat wabak COVID-19 memburukkan lagi keadaan.